dari riak wajah,ada pancaran dakwah dalam tutur bicara,ada gema tarbiah dalam gerak langkah, ada semangat mujahidah kita lupakan wajah layu kita tinggalkan bicara pilu kita kuburkan langkah yang lesu bangkitkan perjuangan tatkala yang haq mendabik megah dan kebatilan akur menyembah.ALLAH tahu , kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta

Sunday, March 29, 2009

GELITA SEJAM DEMI BUMI ....

SEBANYAK 3,929 bandar utama termasuk Kuala Lumpur bergelap selama 60 minit semalam

sempena kempen Earth Hour 2009 yang diadakan di seluruh dunia bagi memupuk kesedaran penduduk dunia mengenai penjimatan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

Antara tempat utama yang turut serta dalam kempen Earth Hour itu ialah

Sydney Opera House di Australia, kolam renang Water Cube di Beijing, Hotel Taj Mahal di Mumbai, Hotel Burj Al-Arab

di Dubai, Dewan Parlimen di tengah

London dan Empire State Building.

Semasa kempen itu, yang dimulakan dua tahun lalu penduduk merentasi global memadamkan lampu selama sejam mulai 8.30 malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...