PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ketua negara Asean yang menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-14 dan Sidang Kemuncak Berkaitannya mengalami saat cemas apabila beratus-ratus perusuh menyerbu masuk hotel penginapan mereka di Royal Cliff Grand Hotel and Spa di sini, semalam. Perusuh berbaju merah penyokong setia bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu merempuh barisan tentera dan polis pencegah rusuhan, meredah masuk menerusi pintu kaca Dewan Pameran dan Konvensyen Pattaya (Peach), tempat sidang itu diadakan.
Sambil membunyikan hon dan melaungkan slogan, mereka berpusu-pusu masuk ke dalam bangunan dan pusat media, memeranjatkan berpuluh-puluh wartawan ketika pemimpin makan tengah hari di bangunan sebelah.
p/s : ni 1st time pm baru kite g sidang kemuncak ASEAN ni...da jadi macam ni...nampak sangat la s0i nye...haha
No comments:
Post a Comment