dari riak wajah,ada pancaran dakwah dalam tutur bicara,ada gema tarbiah dalam gerak langkah, ada semangat mujahidah kita lupakan wajah layu kita tinggalkan bicara pilu kita kuburkan langkah yang lesu bangkitkan perjuangan tatkala yang haq mendabik megah dan kebatilan akur menyembah.ALLAH tahu , kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta

Thursday, April 9, 2009

Projektor wayang bersaiz poket

BERSAIZ sebesar sebuah telefon bimbit, Aiptek Pocket Cinema V10 merupakan projektor wayang pertama di dunia yang dihasilkan dengan saiz poket.

Produk kompak sebarat 160 gram dan panjang 125 milimeter itu telah dilancarkan oleh Unisoft Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Edward Chin, pengenalan kepada produk tersebut secara tidak langsung menyerlahkan lagi definisi mobiliti dan gaya kepada pengguna.

“Dengan saiznya yang kompak, produk ini selesa untuk dikendalikan di tapak tangan selain mudah di simpan di dalam poket atau pun beg,’’ katanya.

Antara fungsi yang ditawarkan oleh Aiptek Pocket Cinema adalah seperti memaparkan imej pegun atau bergerak, menonton filem, melakukan pembentangan kecil serta bermain permainan video.

Apa yang menarik, ia juga boleh diselaraskan bersama pelbagai gajet lain seperti iPod, kamera digital, kamera video, telefon bimbit dan konsol permainan video seperti Nintendo Wii dan PS2.

Dari segi memori pula, ia didatangkan dengan storan binaan dalam satu gigabait (GB) selain slot kad memori SD untuk membolehkan pengguna mengakses terus kandungan video atau imej tanpa memerlukan pemacu luaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...