dari riak wajah,ada pancaran dakwah dalam tutur bicara,ada gema tarbiah dalam gerak langkah, ada semangat mujahidah kita lupakan wajah layu kita tinggalkan bicara pilu kita kuburkan langkah yang lesu bangkitkan perjuangan tatkala yang haq mendabik megah dan kebatilan akur menyembah.ALLAH tahu , kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta

Thursday, May 28, 2009

Rombongan Umno sempena PRK Penanti

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Usaha Umno untuk mengurangkan peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Penanti diteruskan dengan pelbagai program lawatan ke luar Pulau Pinang.

Seorang pemanggil, Sham dari Kampung Pandan dekat sini mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada kakaknya yang tinggal di Kampung Mengkuang Semarak (Mengkuang Dam), Penanti bahawa Umno menaja rombongan ke beberapa destinasi seperti Cherating, Pahang; Genting Highland, Pahang dan Nilai, Negeri Sembilan.

Rombongan menggunakan beberapa buah bas itu akan bertolak pada pagi Jumaat esok dan hanya kembali ke Penanti pada Ahad malam, 24 Mei selepas pusat pengundian ditutup.mu

Agen-agen Umno, katanya sudah berkeliaran di kampung-kampung antaranya Kubang Semang, Mengkuang Semarak dan Kampung Pelek sebaik selepas penamaan calon mempelawa para pengundi khususnya ahli-ahli Umno untuk menyertai rombongan yang ditaja sepenuhnya pemimpin Umno setempat.


p/s : kalau betul la kegiatan umno macam ni,teruk la..betul-betul nak kondem la parti ini...tu la takut sangat nak buat pilihanraya...sah-sah la kalah teruk punyer...kat penanti ni tak nak ada calon pulak,ada pulak calon bebas...1 nak banyakkn cabang,1 lagi nak cover malu la tu kot..haha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...