dari riak wajah,ada pancaran dakwah dalam tutur bicara,ada gema tarbiah dalam gerak langkah, ada semangat mujahidah kita lupakan wajah layu kita tinggalkan bicara pilu kita kuburkan langkah yang lesu bangkitkan perjuangan tatkala yang haq mendabik megah dan kebatilan akur menyembah.ALLAH tahu , kita pernah menyeka peluh dan air mata demi Islam tercinta

Tuesday, July 14, 2009

kEjayaAn di pihak yg bEnar...=]


KUALA KRAI - Terbukti, Akhirnya keputusan rasmi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai mengesahkan calon PAS telah menang dengan majoriti tipis 65 undi . PAS mendapat 5,348 undi, manakala BN pula mendapat 5,283 undi. Sementara itu undi rosak pula sebanyak 92. Jumlah keluar mengundi keseluruhannya ialah 10,722 iaitu 87.22% daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. PAS telah menang di 14 buah saluran daripada 27 saluran keseluruhannya.Manakala jumlah UPU yang menang pula ialah 4 daripada 9 UPU. Dengan keputusan ini bermakna calon PAS iaitu Mohd Fauzi Abdullah terpilih secara rasmi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai yang baru. Biarpun jumlah undi majoriti adalah kecil, namun satu pujian harus diberikan kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya mematikan "keegoan" puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Kemenangan yang terpaksa disulami dengan berbagai unsur rasuah serta penyelewengan jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat tetap mahukan perubahan biarpun ia dinafikan. Segala janji manis yang dihulurkan oleh pemimpin UMNO BN telah ditolak oleh majoriti rakyat. Kemenangan tetap kemenangan biarpun hanya satu undi. Maka itu usahlah kita gusar dengan omongan mereka yang mengatakan sokongan terhadap PAS sudah menurun. Rakyat perlu tahu, sebab apa ia menurun? Kerana tipu daya dan helah yang jelas melampau yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah segala rasuah yang diberikan kepada rakyat termasuk dalam bentuk kewangan jelas sekali telah menyebabkan mereka terpedaya sebenarnya. Namun, inilah takdir yang menjadi penentu segalanya. PAS tetap menang biar apa pun strategi jahat yang dilakukan oleh puak-puak UMNO dan BN ini. Semoga semua ini akan menjadi pengajaran yang berguna, agar mereka lebih berhemah dalam berhadapan dengan suara rakyat dalam setiap pilihanraya yang bakal diadakan pada masa yang akan datang.

Alhamdulillah...akhirnye...tapi keputusan memang dah di jangke...majoriti undi 65.tak kesah la kalau majoriti 1 pun kan...janji kemenangan di pihak yang benar...amin2...kepade yg tak bernasib baik tu cuba lagi di masa akan datang ye...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...